Di manakah harus saya pergi jika saya mempunyai gejala COVID-19 di Malaysia?

Adakah anda mempunyai gejala-gejala COVID-19 dan tidak pasti jika anda perlu melawat klinik atau hospital yang ditetapkan untuk mendapatkan rawatan perubatan? Anda boleh menilai risiko anda dengan mengambil penilaian ringkas di akhir artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut.

Individu Dalam Siasatan (PUI)

Seseorang akan dikategorikan sebagai Individu Dalam Siasatan (PUI) jika seseorang itu memenuhi kriteria berikut:

  1. Mempunyai demam ATAU gejala jangkitan pernafasan akut (contohnya, sesak nafas, batuk, sakit tekak)

DAN

  1. Telah mengembara ke negara-negara1 yang mencatat jangkitan COVID-19 yang tinggi dalam tempoh 14 hari sebelum permulaan gejala ATAU mempunyai kontak rapat2 dengan kes COVID-19 yang disahkan

 

Jika kriteria ini telah dipenuhi, maka seseorang itu telah diklasifikasikan sebagai PUI untuk COVID-19 dan haruslah melawat hospital yang ditetapkan untuk membuat ujian saringan COVID-19.

Bukan PUI

Individu yang tidak memenuhi kriteria yang disebutkan di atas jatuh ke dalam kategori bukan PUI. Jika anda bukan PUI, namun mempunyai gejala dan ingin mengesahkan status kesihatan anda, anda boleh mendapatkan ujian saringan COVID-19 di klinik sekiranya anda ingin berbuat demikian. Anda boleh melawat klinik-klinik panel BioMark di Malaysia. Anda dinasihatkan untuk menghubungi klinik-klinik panel BioMark pilihan anda dalam tiga hingga dua hari sebelum anda melawat ke klinik untuk melakukan ujian saringan COVID-19 seterusnya mendapatkan keputusan ujian saringan anda dihantar terus ke dalam aplikasi BioMark.

Jadi, Bagaimana Saya Ingin Mengesahkan Jika Saya Berada Dalam Kategori PUI Atau Tidak?

Anda boleh mengambil penilaian mudah ini untuk mengetahui sama ada anda perlu melawat klinik atau hospital yang ditetapkan jika anda mempunyai gejala COVID-19.



 

1Negara-negara terjejas termasuk China, Macau, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun, Itali, Iran (Sila ambil perhatian bahawa transit di lapangan terbang di negara-negara terjejas tidak dianggap sebagai perjalanan ke negara itu)

2Hubungan rapat ditakrifkan sebagai berada berdekatan, berperjalanan bersama atau tinggal di rumah yang sama dengan pesakit COVID-19 yang disahkan (Ini termasuk pekerja kesihatan yang terdedah tanpa PPE yang sesuai, memberikan penjagaan langsung, terdedah secara kontak terus dengan pesakit COVID-19, bekerja dengan pekerja kesihatan yang telah dijangkiti dengan COVID-19 dan melawat pesakit atau berdekatan dengan pesakit COVID-19)

Ketahui dengan lebih lanjut mengenai COVID-19 di sini.

Di manakah harus saya pergi jika saya mempunyai gejala COVID-19 di Malaysia? muncul pertama kali di BioMark.