Bagaimana Membuat Ujian Saringan COVID-19 di Malaysia

Umum pasti sudah mendengar mengenai novel virus corona (COVID-19), sejenis virus yang boleh menyebabkan pesakit mendapat jangkitan pernafasan yang serius. Novel virus corona ini mula dilaporkan di Wuhan, China sejak 31 Disember 2019 yang lepas dan telah menjangkiti lebih daripada 130,000 individu di seluruh dunia dan membunuh hampir 5,000 orang sehingga hari ini. Melihat betapa teruknya keadaan ini, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah secara rasmi mengisytiharkan COVID-19 sebagai sebuah pandemik.

Apakah COVID-19?

COVID-19 adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus corona yang mula ditemui pada tahun 2019. Ianya tersebar daripada individu ke individu seterusnya melalui titisan kecil batuk atau bersin daripada individu yang telah dijangkiti. Anda boleh dijangkiti virus ini jika anda bernafas titisan atau batuk yang dilepaskan dari orang yang dijangkiti, atau apabila anda menyentuh permukaan yang telah dijangkiti oleh virus.

Apakah gejala-gejala COVID-19?

Gejala-gejala akibat jangkitan COVID-19 yang paling biasa adalah demam, batuk kering dan sesak nafas. Terdapat juga gejala lain seperti hidung berair, sakit tekak, sesak nafas atau cirit-birit. Namun, terdapat juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya menunjukkan gejala yang sangat ringan. Oleh itu, amatlah penting untuk setiap individu yang telah terdedah dengan risiko jangkitan untuk mengkuarantin diri kerana seseorang individu mungkin memerlukan masa daripada 2 hingga 14 hari sebelum mendapat sebarang gejala-gejala jangkitan.

Individu yang sudah berumur atau/dan mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi mempunyai risiko komplikasi yang tinggi apabila dijangkiti COVID-19 ini.

Siapakah yang patut mendapatkan ujian saringan COVID-19?

Anda patut mendapatkan ujian untuk saringan COVID-19 jika anda mempunyai sebarang gejala yang disebutkan di atas atau telah mempunyai interaksi atau berada berdekatan dengan pesakit yang disahkan mendapat COVID-19. Anda juga harus melakukan ujian saringan jika anda telah melawat negara-negara atau kawasan yang mencatat jangkitan COVID-19 yang tinggi. 

Di manakah saya boleh mendapatkan ujian COVID-19 di Malaysia?

Bergantung kepada sama ada anda adalah Individu Dalam Siasatan (PUI) untuk COVID-19 atau tidak, anda boleh mendapatkan ujian saringan COVID-19 di beberapa hospital terpilih di seluruh Malaysia, atau anda juga boleh melakukannya di klinik-klinik panel BioMark. Anda dinasihatkan untuk menghubungi klinik-klinik panel BioMark pilihan anda dalam dua hingga tiga hari sebelum anda melawat ke klinik untuk melakukan ujian saringan COVID-19. Anda juga boleh mendapatkan keputusan ujian saringan anda dihantar terus ke dalam aplikasi BioMark. 

Lawati Klinik-Klinik Panel BioMark

Bagaimanakah kita boleh mencegah penyebaran COVID-19?

Setiap individu bertanggungjawab dalam mencegah penyebaran COVID-19. Berikut adalah beberapa tip pencegahan COVID-19:

  • Basuh tangan anda dengan cermat menggunakan sabun / sanitiser terutamanya selepas bersiar-siar di kawasan ramai orang
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut menggunakan tangan yang belum dicuci
  • Jika anda berasa tidak sihat, asingkan diri anda di rumah dan elakkan berada berdekatan dengan orang lain.

Kesimpulannya

Mengamalkan kebersihan diri yang baik merupakan tanggungjawab sosial yang amat penting dalam menghalang penyebaran jangkitan COVID-19. Setiap individu yang mempunyai sebarang gejala harus segera bertindak dengan segera dalam mendapatkan rawatan perubatan agar dapat mengurangkan komplikasi disebabkan jangkitan.


Artikel Bagaimana Membuat Ujian Saringan COVID-19 di Malaysia muncul pertama kali di BioMark.